Faiq Bolkiah Minta Dilayan Seperti Orang Biasa
Dunia
Chelsea FC
Advertisements

Pemain bola sepak terkaya dunia dengan jumlah kekayaan dianggarkan mencecah RM71 bilion ini minta dilayan seperti individu biasa. Beliau turut hidup seperti orang biasa bersama kelab barunya, Chonburi FC seperti yang dilaporkan SiamSport.

Pengurus pasukan Chonburi, Sasom Pobprasert turut memaklumkan Faiq Bolkiah sanggup menerima tawaran gaji jauh lebih rendah berbanding gaji asalnya di Leicester City dan Marítimo.

“Dia minta dilayan seperti orang biasa. Datang ke Chonburi FC merupakan satu kehidupan yang biasa dan beliau turut meminta pegawainya agar tidak terlalu menjaga dirinya.

Advertisements

“Pada hari biasa, Faiq akan datang berlatih dengan pasukan tetapi pada hari minggu atau hari cuti akan ada pegawai dari kedutaan (Brunei) datang membawanya makan tengah hari.”

Chonburi FC sebelum ini mengumumkan Faiq Bolkiah menyertai kelab Thailand berkenaan selepas menghubunginya sejak sekian lama.

“Jurulatih kebal berkata pemain ini (Faiq) memiliki kelajuan dan masa depan yang cerah dan dia (Faiq) turut ingin bermain bersama Chonburi sejak 2 musim lepas.” Tambah Sasom.

Advertisements

Faiq Bolkiah merupakan ahli keluarga Diraja Brunei yang turut mewakili negaranya selain pernah menyertai kelab ternama dunia seperti Chelsea dan Leicester City di zaman remajanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram