Faisal Halim & 3 Lagi Pemain Dilantik Sebagai Kapten Harimau Malaya
Dunia
Khairul/MakanBola
Advertisements

Kim Pan-gon menerusi satu hantaran media sosial membuat kejutan menjelang kempen Piala AFF 2022 dengan melantik pemain sayap Terengganu, Faisal Halim sebagai kapten Harimau Malaya.

Selain Faisal Halim, Brendan Gan turut dilantik sebagai kapten bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid.

“Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Advertisements

“Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya.” Jelas Kim Pan-gon dipetik dari laman media FA Malaysia.

Skuad negara diundi berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos dan bakal bertemu Myanmar pada 21 Disember ini di Stadium Thuwunna, Bandar Yangon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram