Faisal Halim Akan Fikirkan Tawaran Ke Luar Negara Tahun Hadapan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain lincah Terengganu FC, Mohd Faisal Halim menyatakan tentang mana-mana tawaran yang berkenaan beliau akan fikirkan tahun hadapan kerana fokus utamanya adalah membantu pasukan TFC.

Penyerang yang berusia 24 tahun itu menegaskan sebelum ini ada juga tawaran tetapi dilihat seperti tidak ada kesungguhan dan keputusan yang betul untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dalam pada itu, bagi Faisal perkara ini tidak menjejaskan untuk beliau membina kariernya dalam negara malah ia bersikap positif jika tiada tawaran beraksi ke luar negara.

Advertisements

“Bagaimanapun sehingga kini tiada tawaran atau tindakan susulan daripada mana-mana ejen atau kelab berhubung perkara itu.”

“Jadi saya tidak lagi memikirkannya, sebaliknya fokus utama saya adalah untuk membantu pasukan TFC dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.”

“Apabila tamat kontrak bersama pasukan itu pada hujung tahun ini, baharulah saya memikirkan semula sama ada untuk beraksi bersama kelab di luar negara atau sebaliknya, itupun jika ada tawaran,” jelasnya.

Advertisements

“Lagipun tawaran daripada kelab di Portugal tahun lalu saya fikirkan bukan 100 peratus serius, memang ada ejen hubungi saya, tapi bukan ejen kelab berkenaan, lagipun tiada jalan penyelesaian dan kata putus, maknanya pihak berkaitan kelab itu tidak begitu serius untuk mendapatkan khidmat saya.”

Faisal turut meletakkan impian yang besar untuk beraksi di luar negara jika diberikan peluang. Beliau berharap dengan kehadiran pemain import dan tempatan yang berkualiti ini dapat mengharungi cabaran hingga menjulang piala musim 2022.

“Jadi saya rumuskan tiada lagi tawaran untuk saya kembangkan karier di luar negara setakat ini, lagipun dengan TFC saya tidak ada masalah untuk kembangkan karier di sini,” katanya ketika ditemui.”

Advertisements

“Inilah sasaran saya sejak menyarung jersi skuad TFC bermula musim lalu, saya harapkan dengan kehadiran pemain import dan tempatan yang berkualiti, skuad kami mampu mendakap satu piala musim ini,” katanya kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram