Faisal Halim Akui Dipancing Selangor
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal bin Abd Halim mengakui ada mendapat tawaran untuk menyertai pasukan Selangor pada jendela perpindahan musim hadapan.

Perkara itu telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dalam satu hantaran di akaun Twitter miliknya. Faisal Halim masih belum membuat keputusan berhubung perjalanan kariernya samaada memilih untuk berpindah ataupun menyambung kontrak bersama Terengganu.

Faisal Halim berpendapat beliau terlebih dahulu mahu melihat tawaran yang diberikan Terengganu serta jurulatih yang mengendalikan.

Advertisements

Pemain lincah berusia 24 tahun ini bagaimanapun mahu terus memberikan fokus terlebih dahulu dengan Terengganu sehingga kempen saingan Liga Super selesai.

Beliau akan membuat keputusan selepas selesai aksi Piala FA yang mempertemukan pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram