Faisal Halim Anggap ‘Misi Menang Wajib’ Ke Atas Singapura Dan Filipina
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Selepas prestasi mengecewakan pada Kejuaraan Piala AFF tahun lepas, skuad kebangsaan perlu membuktikan sesuatu pada saingan Tiga-Negara FAS 2022 di Singapura bermula minggu ini.

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim menganggap misi menang wajib ke atas Singapura dan Filipina perlu dilunaskan, sekiranya kalah macam mana pasukan negara mahu bersaing di kelayakan Piala Asia nanti. Namun, dengan kelebihan yang pasukan ada sekarang, beliau percaya akan berlaku keajaiban.

Dalam pada itu, Faisal menjelaskan bahawa kehadiran jurulatih baharu Kim Pan-gon itu bakal mengubah corak permainan yang lain sekaligus membuatkan pemain lebih agresif untuk beraksi.

Advertisements

“Kalau dalam dua perlawanan persahabatan ini kita tak boleh nak membuktikan pasukan kita adalah yang terbaik, macam mana kita nak berlawan di Kelayakan Piala Asia?,” jelasnya.

“Kita berlawan dengan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh (Kelayakan Piala Asia) yang lagi bagus daripada Filipina dan Singapura. Jadi, kalau dengan Singapura dan Filipina pun kita tak dapat bersaing, macam mana di pusingan kelayakan nanti,” katanya.

Pemain Terengganu FC berusia 24 tahun itu menyatakan majoriti pemain negara memiliki kemahiran dan keupayaan untuk bersaing dengan pasukan lain, namun tidak mempunyai semangat untuk beraksi sebagai satu pasukan yang lebih cemerlang.

Advertisements

“Sekarang apabila datang jurulatih Kim, kita dapat satu kerja sepasukan yang lebih baik, lebih mantap. Pada saya boleh dikatakan memang perubahan akan berlaku dan corak permainan akan berubah, kita akan lebih agresif,” katanya kepada Bernama.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura pagi esok bagi untuk menentang Filipina dan Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Rabu dan Sabtu ini sebelum turun sekali lagi bertemu kelab negara itu, Albirex Niigata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram