Faisal Halim Anggap Panggilan Ke Skuad Kebangsaan Tidak Adil
Dunia
TFC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim menganggap panggilannya ke kem latihan pusat Harimau Malaya tidak begitu adil kerana belum mempunyai minit permainan dalam musim ini.

Pemain yang berusia 24 tahun itu, menjelaskan jurulatih baharu, Kim Pan-gon menilainya berdasarkan saingan-saingan lalu, akan tetapi beliau harus mencari prestasi yang sebenar bagi membuktikan walaupun tiada minit permainan beliau masih boleh beraksi dengan baik.

Begitupun, Faisal belum berpeluang untuk turun padang berikutan dua perlawanan awal membabitkan kelab Pantai Timur itu dengan Sri Pahang dan Negeri Sembilan terpaksa ditunda.

Advertisements

“Kalau diikutkan memang tidak adil (saya terpilih) sebab saya tiada minit permainan.”

“Mungkin jurulatih menilai saya berdasarkan perlawanan-perlawanan lalu tapi saya akui masih mencari prestasi sebenar musim ini.”

“Saya tidak beraksi (di tahap) yang sepatutnya, baik dalam perlawanan sebenar mahupun persahabatan,” katanya.

Advertisements

Faisal turut meluahkan keinginan setiap pemain sentiasa dahagakan perkara yang baru dari jurulatih, namun dengan kehadiran Kim Pan-gon, beliau berharap pemain bersedia mengikut rentaknya dengan baik dan lebih fokus untuk mengubah corak permainan yang lebih bersistem.

“Sebagai pemain kami sentiasa dahagakan sesuatu yang baru.”

“Dengan kehadiran jurulatih baru dari Korea, saya harap pemain kebangsaan lebih bersemangat dengan perkara baru ini dan mengikut perancangannya,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram