Faisal Halim Bakal Terima Ubat Khas Dari Australia
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap lincah Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim dikhabarkan bakal menerima ubat khas dari Australia bagi merawat kecederaan yang dialami akibat daripada simbahan asid.

Ubat khas tersebut sedang diusahakan bagi merawat kecederaan yang dialami di beberapa anggota badan Faisal seperti rusuk, tangan dan bahu.

Selepas pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di mana Faisal dirawat, tangan kiri pemain berusia 26 tahun itu tidak boleh memberikan tindak balas kerana kecederaan teruk.

Advertisements

“Difahamkan dia (Faisal Halim) bakal menerima ubat khas dari Australia berkenaan keadaan semasanya yang cedera pada tangan rusuk, bahu kesan daripada tindak balas asid itu,” lapor Stadium Astro sebentar tadi.

Faisal kini dalam pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Shah Alam dan beliau sudah menjalani satu pembedahan beberapa jam selepas tragedi hitam tersebut.

Advertisements

Kecederaan teruk yang dialami Faisal itu memungkinkan beliau terpaksa melupakan dunia bola sepak untuk satu tempoh jangka yang panjang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram