Ads
Faisal Halim Dijangka Boleh Kembali Beraksi Seawal 3 Bulan Lagi
Liga Super
Selangor FC

Perkembangan terbaru tentang pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terus mencuri tumpuan umum.

Advertisements

Tonggak berusia 26 tahun itu kini masih menjalani rawatan pemulihan di salah sebuah hospital terkemuka di Lembah Klang.

Advertisements

Semuanya bermula selepas beliau diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika berada pada salah sebuah pusat membeli-belah ibu kota.

Advertisements
Advertisements

Faisal sudah pun menjalani pembedahan kali ke-4 bagi menyelesaikan proses split skin grafting terhadap bahagian anggota yang mengalami kelecuran tahap 4.

Perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memberitahu bahawa Faisal sudah pun berjaya mengharungi pembedahan ke-4 dengan jayanya.

Advertisements

“Pembedahan berjalan lancar. Sangat baik, sangat bagus. Saya difahamkan biasanya kalau buat Split Skin Grafting (SSG) ini dalam 70 peratus dapat tutup kawasan luka, itu pun dah cukup bagus.

“Tapi ia keajaiban untuk Mickey (Faisal Halim) ini dapat 100 peratus daripada kulit yang doktor ambik. Ia dapat tutup seluruh tempat-tempat yang cedera.

Faisal juga dijangka boleh keluar daripada hospital dalam masa beberapa hari ini.

“Bila dapat tutup keseluruhan, ia nampak cantik. InsyaAllah saya yakin dalam masa beberapa hari ini Faisal boleh keluar dari hospital,” katanya ketika ditemui di lobi hospital swasta di sini, hari ini.

Berdasarkan keadaan semasa, Faisal Halim dijangka memerlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3-6 bulan bagi menjalani proses pemulihan sebaik mungkin.

“Saya difahamkan atas perkembangan semasa, kemungkinan besar 3-6 bulan. Ini apa yang dimaklumkan oleh doktor kepada pihak Selangor.

“Harapan saya kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Itu doa saya,” ujarnya.

Advertisements

Live: Perkembangan Terkini Faisal Halim

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram