Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua pasukan kebangsaan, Faisal Halim bagaikan dirasuk aura hebat jurulatih daripada Korea Selatan, Kim Pan-gon yang sentiasa dahagakan kemenangan dan perubahan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Pemain sayap 25 tahun itu sentiasa menunjukkan kematangan di dalam atau luar padang. Bahkan, sifat kempimpinannya semakin jelas menyakinkan.

Bekas pemain Terengganu itu yakin dengan barisan pemain sedia ada mampu melakar kejutan ke atas Singapura meskipun rata-rata pemain tiada pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

Advertisements

“Kami tiada cuti, ini adalah pengorbanan yang sukar sebenarnya. Tapi kita sebagai pemain bola inilah kerja kita dan tanggungjawab kita untuk negara.

“Walaupun rata-rata pemain tiada pengalaman beraksi perlawanan antarabangsa, mereka sudah buat yang terbaik. Mereka buktikan yang mereka sebenarnya layak untuk bermain.

Advertisements

Tambah Faisal, beliau yakin dengan falsafah dan ideologi yang diterapkan Pan-gon dengan melakukan perubahan mengikut ‘trend‘ bola sepak moden untuk terus mengorak langkah kehadapan sebagai pasukan yang lebih hebat.

“Untuk masa depan bolehkah kita bersaing dengan pasukan yang lebih bagus daripada kita?

“Kita boleh bertahan 90 minit, tapi apa kesannya untuk masa depan bola sepak Malaysia?

“Seperti yang jurulatih Kim Pan-gon kata, kalau kita nak maju kita harus buat sesuatu dengan orang yang tengah lakukan sekarang,” katanya dalam sidang media sehari sebelum perlawanan tadi.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan B menyaksikan skuad Harimau Malaya akan ‘beradu’ kekuatan dengan Singapura untuk menentukan pasukan siapa yang layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF edisi kali ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram