Faisal Halim Gembira Dengan Semangat Lain Macam Kim Pan-gon
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim meluahkan rasa gembira dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan jurulatih baharu skuad kebangsaan Kim Pan-gon.

Pemain yang berusia 24 tahun itu menjelaskan ini adalah peluang yang terbaik untuk beliau pamerkan sesuatu yang mampu memikat hati Pan-gon bermain dalam kesebelahan utama.

Dalam pada itu, Faisal menyatakan bahawa rakan seperjuangannya turut bersemangat dan gembira apabila dapat bersama beraksi dibawah kendalian jurulatih baharu itu.

Advertisements

“Ini adalah peluang kedua saya bersama skuad negara, mungkin ini peluang yang terbaik untuk saya buktikan sesuatu kepada jurulatih yang baru datang itu,” jelasnya.

“Kita sebagai pemain memang semangat, nampak semua gembira dapat bersama bermain dibawah kendalian jurulatih Kim Pan-gon.”

Menurut Faisal, Pan-gon bakal meletakkan pasukan kebangsaan kali ini lebih baik daripada sebelum ini dan membawa ke satu peringkat yang diinginkan.

Advertisements

Beliau juga akui selepas ini akan berlaku perubahan taktikal dan corak permainan yan berbeza sekiranya pemain mengikut rentak jurulatih baharu itu.

“Saya dapat rasa satu kesungguhan daripada jurulatih, boleh dikatakan beliau boleh buatkan pasukan negara lebih maju dan meletakkan pasukan di satu peringkat yang diinginkan,” ujarnya.

“Perubahan taktikal akan berlaku dan corak pemain juga akan berubah atas kepada pemain mampu mengikut rentaknya ataupun tidak.”

Advertisements

“Saya akan memberikan terbaik apa yang saya ada, komitmen, masa dan ruang untuk skuad negara, dan saya tidak akan melepaskan peluang ini sebaik mungkin,” katanya kepada Cakap Sukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram