Faisal Halim Hanya Perlu 5 Minit
Liga Super
Advertisements

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim hanya memerlukan lima minit untuk kembali meledak dalam kempen Liga Super 2023.

Selepas menjalani penggantungan selama sebulan, Faisal kembali dalam skuad Merah Kuning berdepan Kelantan dalam aksi LS21 malam semalam.

Pemain berusia 25 tahun ini berjaya membantu Selangor menewaskan The Red Warrior di Stadium Kota Bharu dengan keputusan 11-2.

Advertisements

Turun sebagai pemain gantian, percaturan pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe membawa masuk Faisal bagi menggantikan Mukhairi Ajmal pada sepak mula separuh masa kedua nyata membuahkan hasil.

Selepas lima minit beliau dimasukkan, Faisal mencatat nama sebagai penjaring. Larian bertenaga daripada sebelah kiri padang oleh pemain sayap kebangsaan itu terus disudahkan dengan satu rembatan menggegar jaring.

Advertisements

Tak terhenti setakat itu, gandingan Faisal dan Brendan Gan sekali lagi menjadi apabila lorongan Brendan disudahkan Faisal untuk gol ketujuh pasukan Selangor. Jaringan Faisal tersebut gagal diselamatkan penjaga gol muda Kelantan, Irfan Haikal.

Malam gemilang Red Giants terus diserikan dengan jaringan tambahan melengkapkan hatrik dua penyerang import Selangor, Ayron Del Valle dan Richmond Boakye. Kelantan terpaksa akur menerima kekalahan besar di laman sendiri.

Advertisements

Kempen Liga Super akan memberi laluan kepada saingan Piala Malaysia dimana Selangor bakal berdepan Terengganu untuk aksi suku akhir pada 15 September kelak.

Faisal Halim yang kembali memperkuat skuad Merah Kuning dijangka akan terus menjadi taruhan terbaik Tan Cheng Hoe dalam misi mengulangi pencapaian musim lepas, layak ke peringkat final Piala Malaysia seterusnya menempa kejuaraan kali ke-34 buat Selangor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram