Faisal Halim Bagi Mesej Jelas Tentang Masa Depannya Di Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap lincah Terengganu FC, Faisal Halim menyampaikan mesej ringkas terhadap spekulasi masa depannya bersama pasukan musim hadapan.

Bintang bertubuh kecil itu secara jelas memberitahu bahawa ada syarat yang diambil kira sebelum memuktamadkan keputusannya.

Katanya, beliau akan melihat dulu keadaan semasa sehingga penghujung musim ini sebelum menentukan hala tujunya kelak.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini menjadi tonggak penting buat Nafuzi Zain pada musim ini dalam usaha memburu slot ke Asia.

Faisal memberi jaminan akan mengikat kontrak baharu bersama Terengganu jika pihak pengurusan mengekalkan Nafuzi selaku ketua jurulatih.

“Jika Nafuzi kekal di sini maka saya juga akan kekal di sini, 100 peratus.”

Advertisements

Malah, beliau turut memaklumkan telah menerima 5 tawaran daripada kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya musim hadapan.

Bekas bintang Sri Pahang ini menegaskan faktor gaji tidak menjadi sebab utama dalam membuat keputusan kali ini sebaliknya mencari kelab yang lebih menghargai bakatnya.

“Saya ingin lihat pasukan mana yang lebih menghargai bakat saya tambahan pula jurulatih (Nafuzi) dan (Joe Rozi) yang bawa saya ke sini.”

Advertisements

“Saya fikir pihak pengurusan lebih tahu,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Faisal menjadi watak penting apabila meledak 4 gol dan mencetak 7 bantuan gol dalam 17 penampilan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram