Faisal Halim Meledak Lagi

Faisal Halim 6 Faisal Halim Meledak Lagi
Terengganu FC

Perlawanan tertunda pusingan pertama Piala FA yang membabitkan pasukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC telah berlangsung di Stadium Gong Badak, Terengganu. Pasukan tuan rumah, Terengganu FC telah mencatatkan keputusan positif menewaskan NSFC dengan keputusan 2-1.

Tonggak utama pasukan, Muhammad Faisal bin Abdul Halim sekali lagi menjadi ayam tambatan TFC apabila beliau berjaya menjaringkan satu gol buat Terengganu FC. Faisal yang telah diberi kepercayaan oleh pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain telah menampilkan aksi yang cukup cemerlang dan membuktikan kebolehan sebenar.

Expand player

Percubaan tepat Faisal Halim pada minit ke-38 permainan gagal diselamatkan penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Azmi. Faisal yang tenang menerima hantaran daripada Shahrul Nizam mudah merembat masuk bola ke gawang NSFC.

Apa yang lebih menarik, gerakan bersahaja pemain licik itu telah berjaya melepasi kawalan Khuzaimi Piee dan Khair Jones. Dua tonggak pertahanan NSFC yang dipanggil Kim Pan-gon tempoh hari gagal mengawal pemain yang berusia 24 tahun ini.

Jaringan Faisal memastikan kemenangan milik Terengganu FC. Terengganu layak ke pusingan kedua Piala FA, menewaskan NSFC dengan keputusan 2-1.