Faisal Halim: Mungkin Terengganu Ada Pemain Yang Lebih Baik
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim memberikan salam perpisahan terakhir apabila mengesahkan beliau tidak akan bersama pasukan pada musim hadapan.

Bintang sensasi berusia 24 tahun itu merupakan watak penting buat jaguh Pantai Timur itu termasuklah ketika membantu mereka mara ke final Piala FA.

Malah, Faisal juga turut memacu kejayaan pasukan sehingga berjaya mengakhiri saingan Liga Super 2022 di tempat kedua sekaligus layak ke pentas Asia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan, bekas bintang Sri Pahang ini mengakui sebak kerana terpaksa berpisah dengan Terengganu.

“Terima kasih kepada semua peminat kerana selalu menyokong dan memberi semangat kepada saya.”

“Saya pasti akan merindui mereka. Terengganu merupakan satu pasukan yang luar biasa bagi saya.”

Advertisements

Beliau juga menjelaskan bahawa hatinya masih terpaut dengan Terengganu namun percaya rezekinya setakat ini sahaja.

“Sebenarnya saya tidak mahu meninggalkan Terengganu tetapi  jodoh saya tak panjang bersama pasukan ini.”

“Mungkin mereka ada pemain yang lebih baik (untuk menggantikan saya),” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Selangor dikatakan bakal estinasi berikutnya bagi Faisal untuk terus mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram