Faisal Halim Pakai Minyak Wangi Semasa Latihan
Dunia
Selangorfc
Advertisements

Penyerang sensasi Malaysia, Faisal Halim dilihat memakai minyak wangi terkenal berjenama Dashing dalam satu hantaran video di laman sosial Instagram miliknya. 

Faisal Halim yang baru sahaja pulang daripada tugasan negara di Piala AFF 2022 telah menyertai latihan bersama kelab barunya Selangor diiringi dua rakan sepasukan iaitu Khuzaimi Piee dan Ruventhiran.

Beliau yang kini menyarung jersi 7 Selangor ternyata telah membuktikan prestasi cemerlang bersama skuad Harimau Malaya mahupun kelabnya sebelum ini. Faisal dijangka terus konsisten untuk membantu Gergasi Merah dalam Liga Malaysia musim ini.

Advertisements

Dashing merupakan satu jenama penjagaan peribadi lelaki yang terkemuka di Malaysia yang telah diasaskan pada tahun 1897 di Turin, Itali sekaligus menjadi jenama pilihan utama bagi pemain berusia 25 tahun itu.

Difahamkan, Selangor masih belum memenuhi kuota pemain import untuk saingan pramusim, walaupun sudah memulakan latihan sejak dua minggu lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram