Faisal Halim Pilih Kekal Di Selangor
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain sayap lincah, Faisal Halim memilih untuk kekal di Selangor sekali gus menutup khabar angin tentang perpindahan beliau ke kelab lain.

Faisal Halim membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super ditangga kedua setelah mengutip 61 mata dalam 26 perlawanan.

Faisal Halim kini difahamkan telah menandatangani kontrak panjang bersama Selangor menurut laporan wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements

Prestasi cemerlang Faisal Halim diperingkat kelab dan negara ternyata mengukuhkan keyakinan Selangor untuk mengikat pemain ini buat jangka masa panjang.

Pemain ini merekodkan 12 gol liga bersama Selangor walaupun ini merupakan musim pertama beliau bersama pasukan The Red Giants.

Advertisements

Kelincahan Faisal Halim dibahagian sayap pasukan menyaksikan pemain itu turut melakukan 8 bantuan jaringan dalam saingan liga.

Walaupun berdepan penggantungan 4 bulan, Faisal Halim berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dan kekal menjadi pemain utama Selangor untuk musim ini.

Advertisements

Faisal Halim bakal menjadi tunjang utama Selangor pada musim hadapan yang bakal berentap di pentas Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia II (ACL II).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram