Faisal Halim Puji Impak Latihan Sistematik & Berintensiti Tinggi Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim kelihatan selesa dengan pendekatan yang diterapkan oleh jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon dalam sesi latihan.

Beliau dalam satu temubual menegaskan, impak yang dibawa oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mampu untuk menjelmakan kejayaan buat Harimau Malaya.

Sambil itu, pemain berusia 24 tahun ini sempat menyatakan bahawa antara faktor yang mendorong kepada kejayaan pasukan ketika menentang Brunei tempoh hari.

Advertisements

“Latihan tak teruk tetapi berintensiti tinggi.”

Faisal turut melihat perkara ini sebagai salah satu perkara yang positif untuk pasukan kebangsaan sekaligus bakal memberikan saingan yang sengit buat mana-mana pasukan.

“Sistem diterapkan jurulatih akan memudahkan pasukan untuk bermain dengan mana-mana pasukan nanti.”

Advertisements

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini juga masih tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap apa yang berjaya ditawarkan oleh selain mahu memberikan lebih lagi untuk negara.

“Untuk perlawanan itu, saya masih belum berpuas hati dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi untuk memberikan aksi yang terbaik selepas ini,” katanya menerusi Arena Metro.

Malaysia akan memulakan saingan di Kelayakan Piala Asia 2023 dengan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh yang menanti dalam Kumpulan E sejurus perlawanan dengan pasukan Hong Kong berakhir.

Advertisements

Ketiga-tiga aksi kelayakan ini berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8-14 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram