Faisal Halim: Saya Tidak Kisah Tiada Cuti Untuk Keluarga, Janji Dapat Berbakti Kepada Negara
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Mohd Faisal Abdul Halim tampil mengulas berkenaan prestasi semasa skuad Harimau Malaya. Pasukan kendalian Cheng Hoe sekadar berjaya menamatkan kempen Piala AFF 2020 di peringkat kumpulan.

Faisal menjelaskan bahawa persiapan adalah punca utama kegagalan skuad Harimau Malaya. Pemain kelahiran Penang itu juga menegaskan bahawa ramai penyokong mempertikai kredibiliti Tan Cheng Hoe namun sebenarnya mereka tidak tahu apa yang berlaku.

 “Persiapan yang membuat kami kalah. Bila kalah, orang akan ‘bantai’ jurulatih dan pemain tapi orang luar tidak tahu apa sebenarnya (yang berlaku).”

Advertisements

Pemain sensasi Terengganu FC itu berkata adalah sukar buat sesebuah pasukan yang berlatih selama enam hari untuk peroleh kejayaan. Faisal juga dilihat kecewa dengan tindakan netizen yang mendakwa para pemain tidak bersungguh ketika beraksi.

“Mana pasukan yang berlatih enam hari kemudian mendapat kejayaan. Kalau pergi sekadar menjadi pelengkap (jadual), orang hanya akan maki hampir sahaja, baik saya tidak payah pergi.”

Faisal dalam pada itu menegaskan bahawa dirinya benar-benar ikhlas berbakti demi mengharumkan nama negara. Walau bagaimanapun beliau tetap kecewa dan masih belum boleh menerima kekalahan ini.

Advertisements

“Saya tidak kisah tiada cuti untuk keluarga, janji dapat berbakti untuk negara. Saya memang kecewa dan tidak boleh terima kekalahan ini,” ujar Faisal kepada Stadium Astro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram