Faisal Halim Sedia Berkhidmat Bersama Nafuzi Lagi
Dunia
Faisal Halim
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menyatakan kesediaan untuk berbakti bersama pengendali pasukan, Nafuzi Zain sekali lagi.

Bintang sensasi berusia 24 tahun itu memainkan watak penting bersama pasukan Pantai Timur itu termasuklah membawa mereka melangkah ke Asia musim hadapan.

Hubungan baiknya bersama jurulatih kelahiran Kelantan itu sudah pun diketahui umum namun kedua-duanya difahamkan tidak akan kekal di Terengganu.

Advertisements

Mengulas lanjut, Faisal dalam hantarannya di media sosial Instagram merakamkan ucapan penghargaan kepada Nafuzi dan juga Joe yang menjaga beliau sepanjang dua musim ini.

“Terima kasih kepada coach Nafuzi dan boss Joe kerana menjaga saya dengan baik sepanjang dua tahun.”

“Saya sangat sayangkan mereka berdua kerana mereka yang menjadi semangat dan kekuatan selama dua tahun bersama TFC.”

Advertisements

Pemain sayap kebangsaan ini berharap agar suatu hari nanti mereka akan bertemu lagi dan bekerjasama pada masa hadapan.

“InsyaAllah saya yakin dan percaya ada rezeki untuk kita bersama lagi suatu hari nanti.”

“Saya sedia berkhidmat untuk coach paling hebat yang pernah saya ada,” jelasnya.

Advertisements

Faisal difahamkan akan menyertai Selangor FV manakala Nafuzi akan membawa haluan ke Kedah Darul Aman untuk mengembangkan perjalanan karier masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram