Faisal Halim: Sejujurnya Saya Nak Sangat Kekal Di Terengganu
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Faisal Halim mengakui bahawa sememangnya beliau ingin terus kekal bersama pasukan Terengganu untuk saingan musim hadapan.

Bagaimanapun hasratnya itu dilihat seperti tidak kesampaian apabila beliau kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain. 

“Ya, jujur saya cakap saya nak sangat kekal. Tapi keputusan yang seharusnya tidak berlaku. Apa yang saya boleh buat, saya akan berjuang sehabis baik dengan pasukan Terengganu,” ujar Faisal ketika ditemu bual selepas perlawanan. 

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun itu turut menzahirkan penghargaan buat seluruh penyokong Terengganu dan pihak persatuan yang telah menjaga kebajikan pemain dengan baik.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong Terengganu yang sentiasa menyokong saya dan pihak persatuan yang menjaga saya dengan baik.”

Faisal dalam pada itu kekal tekad untuk membawa skuad peteh ke pentas akhir. Beliau mahu berikan yang terbaik untuk aksi separuh akhir kedua nanti. 

Advertisements

“Apa yang perlu ketika ini hanya satu misi, iaitu bawa ke Terengganu ke Final sekali lagi,” kata Faisal kepada MakanBola.  

Terengganu dan Selangor bakal berentap sekali lagi dalam aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia 2022 pada Isnin depan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selangor kini mendahului Terengganu dengan agregat, 3-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram