Faisal Halim ‘Speaking’ Jawab Soalan Media Antarabangsa Penuh Bergaya
Dunia
Haziq / MakanBola
Advertisements

Kapten Harimau Malaya, Muhammad Faisal bin Abd Halim berada dalam kelas tersendiri apabila tampil secara spontan menjawab soalan daripada media antarabangsa dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Ketika Faisal diminta memberikan respon selepas tamat perlawanan antara Malaysia menentang Kemboja kelmarin, Faisal tenang menjawab setiap soalan yang diajukan dengan baik. 

Faisal menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya sebuah pasukan yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.

Advertisements

“Inilah Malaysia, kami berjuang hingga peroleh keputusan yang baik.”

“Kita tahu dalam bola sepak apapun boleh berlaku, apa yang penting bagi saya, kita berikan segalanya. Keputusan itu perkara kedua,” ujar Faisal Halim.

Dalam aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Kemboja tempoh hari, Faisal telah menjadi watak penting buat skuad kendalian Kim Pan-gon. Beliau berjaya menjaringkan dua gol dan mencatat satu bantuan gol sekaligus membantu Malaysia membenam Kemboja dengan keputusan 4-0. 

Advertisements

Faisal dijangka akan terus dipertaruhkan Kim Pan-gon mengetuai jentera serangan Harimau Malaya menjelang aksi persahatan menentang Maldives pada Rabu, 14 Disember ini di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram