Faisal Halim Tak Cakap Banyak, Angkat Tangan & Minta Maaf Kepada Penyokong
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Faisal Halim mempamerkan contoh terpuji apabila saling menghargai jasa dan pengorbanan para peminat.

Terengganu yang tewas dalam aksi pertama di saingan Liga Super 2022 terpaksa menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya tempoh hari menyaksikan PJ City menang keatas Terengganu dengan keputusan 3-0.

Selepas perlawanan tamat, para pemain Terengganu FC telah tampil dan berjumpa dengan penyokong Terengganu yang hadir bertandang ke stadium. Faisal yang mengetuai barisan pemain dilihat menunjukkan isyarat permohonan maaf kepada sekumpulan penyokong.

Advertisements

Tatkala para pemain Terengganu FC mendengar luahan hati daripada seorang penyokong Terengganu, Faisal pantas memberi reaksi positif, memberikan respon dan mengangguk faham.

Tidak cukup dengan itu, dalam hantaran di Instagram miliknya sujurus perlawanan tamat, Faisal turut menzahirkan permohonan maaf dengan meletakkan emoji 🙏🙏 di ruangan caption. Respon yang Faisal berikan ini wajar sekali dipuji sebagai tanda menghargai setiap keluhan para peminat.

Terengganu telah dijadualkan bertemu dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim pada aksi malam ini di Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan akan bermula pada jam 10 malam dan bersiaran secara langsung di Youtube Unifi Tv.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram