Faisal Halim Tolak Spekulasi Sertai Kelab Thailand
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap negara, Faisal Halim menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menyertai kelab Thailand. 

Hal ini tercetus kerana difahamkan pemain yang lebih dikenali sebagai Mickey ini kontraknya bersama Terengganu bakal tamat pada 30 November ini. 

“Cerita itu saya pun taktahu dari mana datangnya, memang saya taktahu. 

Advertisements

Ketika ini, fokus utama pemain main sayap ini adalah bersama Terengganu dan beliau turut menyatakan bahawa segala keputusan yang dibuat akan beliau sendiri tentukan bukan daripada pihak yang tidak dikenali. 

“Buat masa sekarang fokus saya memang buat kelab Terengganu. Walaupun saya masih belum tandatangan kontrak baru. kata Faisal Halim kepada ShootApp.  

“Apa-apa keputusan daripada saya bukan dari orang luar.

Advertisements

Selepas aksi yang luar biasa ditampilkan sepanjang kempen kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari, tidak hairanlah akan banyak spekulasi yang berkait dengan bintang Terengganu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram