Faisal Halim Tunjuk Sikap Profesional Di Padang
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim menjawab kritikan terhadap beliau dengan cukup profesional apabila memacu kejayaan pasukan ke pentas suku akhir.

Beliau yang mesra disapa Mikey ini mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan apabila terlibat dalam semua gol yang dijaringkan oleh Terengganu.

Bintang berusia 24 tahun itu menjaringkan. satu gol dan turut mencipta tiga bantuan gol dalam kemenangan besar 4-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Advertisements

Faisal membentuk gandingan yang cukup baik bersama Kpah Sherman apabila mudah menolak masuk hantaran pemain itu bagi gol kedua pasukan pada minit ke-28.

Pemain bertubuh kecil ini turut berjaya memperoleh sepakan penalti untuk membawa pasukan selesa mendahului 4-0 pada babak pertama.

Advertisements

Bekas bintang Sri Pahang ini menerima kritikan yang cukup hebat gara-gara komen beliau mengenai tindakan pihak pengurusan Terengganu yang lewat menawarkan kontrak baharu kepada pemain dan staf kejurulatihan.

Namun begitu, ia jelas tidak berjaya menggugat fokus beliau untuk terus membantu pasukan kendalian Nafuzi Zain melangkah penuh bergaya dalam saingan Piala Malaysia.

Advertisements

Terengganu akan berdepan dengan KL City pada aksi suku akhir dalam misi meraih satu piala pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram