Faiz Subri Minta Diberikan Masa Untuk Kembali Bangkit
Dunia
MFL
Advertisements

Pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri minta diberikan masa untuk kembali bangkit semula setelah 2 tahun beliau tidak beraksi dalam Liga Malaysia disebabkan Covid-19.

Pemain yang berusia 34 tahun itu menjelaskan dalam tempoh 2 tahun yang mencabar ini beliau memerlukan komitmen yang tinggi untuk mendapatkan kembali momentum dalam padang.

Faiz turut meluahkan rasa gembira untuk kembali beraksi di atas padang setelah hampir 2 tahun menanti bagi mendapatkan tawaran daripada kelab.

Advertisements

“Banyak benda yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini kerana sepatutnya saya beraksi dalam Liga M3 terlebih dahulu, tetapi disebabkan Covid-19, saya terpaksa tangguh niat sehinggalah akhirnya musim ini dapat tawaran bersama Penang FC.”

“Tapi saya perlu masa untuk bangkit semula sebab dua tahun tidak beraksi dalam liga kompetitif apatah lagi tahap saingan adalah tinggi dengan beraksi di Liga Super.”

Sementara itu, penyerang Penang FC ini menjelaskan bukan senang untuk serasi semula setelah sekian lama tidak beraksi. Beliau juga optimis untuk terus membuktikan yang beliau boleh bermain seperti dulu.

Advertisements

“Saya pula sebelum ini berlatih sendiri sahaja di rumah, dan kali ini berlatih dalam satu pasukan, rasa suasana agak berbeza sedikit dan bukan senang untuk terus serasi,” katanya.

“Tahun ini memang kena kerja keras sebab bukan senang kita nak buktikan yang kita masih lagi mampu beraksi dengan baik di padang seperti dulu.”

“Yang penting, saya nak menjadi sebahagian daripada pemain yang dapat bantu Penang meraih kedudukan lebih baik dan sekurang-kurangnya dapat menang satu trofi pada musim ini, InsyaAllah.” jelasnya kepada MFL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram