Faizal Saari Bakal Kekal Dalam Skuad Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
MHC
Advertisements

Penyerang berbisa skuad hoki Malaysia, Faizal Saari bakal kekal dalam skuad negara untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman.

Sebelum ini, skuad negara dilaporkan mengalami krisis kecederaan dengan beberapa tonggak ditimpa masalah kecederaan.

Advertisements

Antara pemain yang dilaporkan cedera ialah Faizal, Fitri Saari dan Shahril Saabah. Walaupun pemain yang cedera tidak diturunkan semasa Jelajah New Zealand, proses pemulihan mereka tetap dipantau oleh jurulatih, Arul Selvaraj.

“Saya bawa juga pemain-pemain yang mengalami kecederaan kerana pasukan perubatan saya berada di sana.

Advertisements

“Mereka gunakan masa itu untuk lakukan pemulihan dan latihan. Saya kawal waktu permainan mereka supaya tiada apa-apa yang berlaku di sana kerana saya perlukan khidmat pemain-pemain ini di Oman nanti,” katanya semasa meninjau sesi latihan skuad kebangsaan baru-baru ini.

Advertisements

Dan mengikut laporan terkini wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, Faizal kelihatan semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, nama beliau dijangka tersenarai dalam skuad The Speedy Tigers yang bakal mengharungi kempen pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024.

Pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 untuk acara hoki lelaki bakal berlangsung di Muscat, Oman dari 13 hingga 21 Januari ini.

Advertisements

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Pakistan, China dan Great Britain.

News Comments Account