Fakri Saarani Dijangka Sertai Pasukan Liga M3, BRM FC
Dunia
kedahdarulamanfc
Advertisements

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan bakal menyertai pasukan Liga M3 iaitu BRM FC bagi saingan musim 2022 seperti yang dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal dalam laman twitternya.

BRM FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak. Pemain berusia 32 tahun ini bakal bergandingan bersama Azmeer Yusof dan Fitri Omar yang merupakan bekas pemain Liga Malaysia sebelum ini.

Pada tahun 2020, Fakri Saarani menyertai pasukan Perlis yang beraksi di Liga M3. Tahun berikutnya pula, bekas pemain Harimau Muda ini menyarung jersi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Selangor, Kelana United.

Advertisements

Tahun 2019 merupakan tahun terakhir Fakri beraksi di Liga Super Malaysia iaitu bersama pasukan Juara Piala Malaysia 2020, KL City. Namun, beliau hanya berjaya membuat lapan penampilan tanpa sebarang rekod jaringan.

Pemain yang sinonim dengan gelaran Lord Fakri ini sememangnya mempunyai pengalaman yang luar selepas pernah menjadi tonggak utama skuad kebangsaan U-23 apabila berjaya membantu memenangi pingat emas dalam saingan sukan sea pada tahun 2009 dan 2011.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram