Faliq Firdaus Jawab Kenyataan Tak ‘Layan’ Zaquan Adha
Liga Super
PBMNS
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan beliau tidak melayan pertanyaan yang dibuat penyerang veteran, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kenyataan ini dibuat bagi membalas bidasan yang dibuat penyerang berusia 37 tahun itu di Instagram Story baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Zaquan mendakwa Faliq enggan membalas pertanyaannya dan disifatkan cuba lari daripada berlaku jujur dengan beliau.

Advertisements

“Maaf, saya tak nak gaduh dengan sesiapa. Tapi saya rasa awak boleh betulkan kenyataan ini semula. Saya (hantar mesej WhatsApp) awak, langsung tak balas.

“Saya tanya nak jumpa awak pukul berapa, awak sidai sampai ke sudah. Jangan cakap pada orang saya tak semak status. Macam mana nak semak status kalau awak lari daripada saya?

“(Mesej WhatsApp) tak berbalas, panggilan memang banyak kali tak jawab. Ingat wahai CEO, jawatan hanya semntara. Jangan cerita pada orang benda yang nak lepaskan diri awak. Allah Maha Kaya,” katanya.

Advertisements

Apabila hal ini ditanya oleh seorang pengguna X, Faliq memaklumkan beliau menceritakan perkara sebenar. Malah, beliau juga tidak menerima sebarang panggilan daripada Zaquan di pejabat selama dua bulan.

Malah, Faliq turut mengadakan sesi mesyuarat dengan barisan pemain tempatan skuad Rusa menerusi Google Meet pada 12 Januari lalu, dua hari selepas dilantik sebagai CEO pasukan.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau turut membentangkan pilihan yang ada kepada para pemain sementara mencari penyelesaian isu tunggakan gaji yang dihadapi pasukan ketika itu.

Advertisements

“Sebenarnya tidak. (Saya) sentiasa ada di pejabat, tiada panggilan direkodkan daripada beliau dalam tempoh dua bulan terakhir.

“Hanya dua kali saya tidak membalas mesej teks, satu kerana sudah lewat malam dan satu lagi sebab saya terlepas untuk membalas.

“Selain daripada itu, hanya berkenaan gaji. Saya lebih suka untuk tinggalkan isu ini, Terima kasih kepada yang bertanya.

Advertisements

“Malah, saya adakan mesyuarat dengan semua pemain tempatan pada 12 Januari menerusi Google Meet, dua hari selepas perlantikan saya.

“Mesyuarat membincangkan isu tunggakan gaji dan saya beritahu semua orang, ‘Jangan tunggu kelab. Kalau ada tawaran, ambil dan selamatkan nyawa anda terlebih dahulu.’

“‘Dan bagi siapa yang mahu kekal dan ambil potongan gaji, boleh tinggalkan nama dengan COO (Ketua Pegawai Operasi pasukan).’ Selebihnya sudah jadi sejarah. Jangan panjangkan lagi isu ini. Kita pandang ke hadapan,” katanya.

Negeri Sembilan sudah memulakan latihan pra-musim dan membawa masuk beberapa pemain baru untuk musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram