Bekas pemain kebangsaan, Dato Richard Scully menganggap percaturan yang diterapkan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon sukar diramal.
Penganalisis bola sepak tempatan ini berpendapat bahawa taktikal Kim Pan-gon sebenarnya berjaya mengelirukan pihak lawan.
Dalam segmen Nindia Bola di Astro Arena, Richard teruja melihat pemain-pemain yang diturunkan Kim Pan-gon dalam dua siri persahabatan antarabangsa baru-baru ini.
“Pendekatan taktikal Kim Pan-gon saya rasa sukar diramal kerana pertukaran profil pemain yang kita gunakan itu, dia (China) ramal pemain ini main, tapi tak main. Rangkaian pemain dan taktikal yang mengelirukan pihak lawan.”
“Kita mempunyai profil-profil yang diturunkan memang sesuai untuk tugasan di posisi masing-masing. Itu memang nampak dimana semua pemain ada profil.”
Richard juga menganggap pengalaman yang dimiliki pengendali dari Korea Selatan ini menjadi satu kelebihan buat Harimau Malaya. Pemilihan pemain yang digunakan Kim Pan-gon juga melengkapi segenap posisi kem kebangsaan.
“Sudah tentu satu kelebihan, itulah kelebihan seorang jurulatih yang berpengalaman beliau akan bekerja dengan skop sebegini. Kalau jurulatih straight-forward, kita tahu siapa main kiri siapa main kanan siapa main back four dan ebagainya, tapi KPG sukar diramal,” ujar Richard Scully.