Advertising
FAM Bakal Umum CEO Harimau Malaya Pagi Ini
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikhabarkan bakal mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya pada pagi ini (Selasa).

Perkara ini didedahkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerusi satu hantaran di laman Instastory Baginda kira-kira pada awal pagi Selasa.

”CEO pasukan kebangsaan bakal diumumkan oleh FAM pada pagi ini,” tulis DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Ad

Sebelum ini, teka-teki mengenai individu yang bakal menjawat posisi penting dalam skuad kebangsaan ini rancak dibincangkan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Antara nama yang dicanang adalah Pengarah Teknikal Qatar FA, Tim Cahill dan CEO KL City iaitu Stanley Bernand selain beberapa calon yang lain.

Ad
Ad

Walau bagaimanapun, DYAM Tunku Mahkota Ismail dalam satu hantaran sebelum ini menegaskan bahawa Tim Cahill bukanlah individu yang bakal bergelar CEO Harimau Malaya ini.

Ad