FAM Bedah Siasat Kegagalan Di Piala AFF
Dunia
Advertisements

Menurut satu kenyataan daripada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan bahawa pihak FAM akan bertanggungjawab susulan kegagalan pasukan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir bagi Piala AFF Suzuki 2020. 

Mengulas lanjut, presiden FAM meminta pengurusan pasukan Harimau Malaya untuk membentangkan laporan analisis mengenai prestasi yang ditampilkan oleh pasukan kebanggsaan selepas keputusan yang kurang memuaskan dalam saingan peringkat kumpulan B. 

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menyatakan bahawa laporan bedah siasat yang dilakukan akan diteliti dengan lebih rapi semula pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang akan dilakukan kelak.

Advertisements

Pasukan Harimau Malaya mengalami dua kekalahan dengan jaringan yang besar menentang pasukan Vietnam dan Indonesia serta dua kemenangan mudah ke atas pasukan Kemboja dan Laos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram