“FAM Kata Nak Bangunkan Bola Sepak Malaysia Kan? Boleh Buatkah?” – Lim Teong Kim
Dunia
The Star
Advertisements

Bekas pengarah teknikal Projek Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP), Lim Teong Kim menyatakan keraguan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu pembangunan bola sepak remaja di dalam negara.

Lim Teong Kim ketika ditanya peminat bola sepak tempatan tampil memberikan respon pada ruang komen di Instagram miliknya. LTK diminta memberikan pendapat berkaitan perlaksanaan liga bawah 19 tahun.

 “Adakah perlu diwujudkan liga 19 tahun? Pengelolaan, tempoh perlaksanaan sama seperti liga utama,” tanya pemilik akaun Instagram Gd Japps

Advertisements

LTK menjelaskan bahawa penganjuran liga bola sepak untuk tiga peringkat umur, iaitu bawah 17, 19 dan bawah 21 tahun wajar dilaksanakan. Ia mengambil masa kira-kira lapan hingga ke sepuluh bulan untuk melengkapkan saingan liga.

“Soalan yang baik. Bukan sahaja U19, tetapi juga U21 & U17 liga nasional perlu ada selama 8 hingga 10 bulan. Setiap Negeri FA mesti mengadakan liga untuk kanak-kanak dan remaja bawah-17 hingga bawah-21 di setiap negeri di Malaysia.”

Bekas pemain kebangsaan itu menegaskan penganjuran liga seperti inilah benar-benar yang dinamakan sebagai pembangunan bola sepak remaja. Adapun perihal FAM, LTK mempersoal kemampuan badan induk itu untuk melaksanakan liga seperti ini.

Advertisements

“Barulah kita boleh kata pembangunan bola sepak remaja di Malaysia lengkap. FAM kata niat mereka adalah membanggunkan bolasepak Malaysia kan. Boleh buatkah FAM?,” respon LTK di Instagram.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram