FAM Nafi Dakwaan Ada Campur Tangan Pemilihan Pemain Naturalisasi Dalam Pasukan
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, setiausaha agung badan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar telah menafikan beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa dua orang pemain naturalisasi akan mendapat slot wajib dalam skuad kebangsaan.

Jelas Saifuddin, pemain yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan adalah berdasarkan tahap prestasi masing-masing. Tidak ada sebarang campur tangan daripada pihak FAM dan pemilihan adalah menuruti keputusan barisan kejurulatihan.

“Kita tak bagi apa-apa term, sebab dari segi pemilihan pemain, kita tidak ada campur tangan daripada pihak atasan untuk jurulatih memilih.”

Advertisements

Tambah Saifuddin, kuasa penuh diberikan kepada Tan Cheng Hoe untuk memilih. Tiada kekangan atau kemestian untuk Cheng Hoe mengambil seseorang pemain ini mewakili Harimau Malaya kerana sebagai jurulatih, beliau lebih tahu untuk memilih dan kendalikan sesebuah pasukan.

“Kita bagi freehand kepada dia (Tan Cheng Hoe) kerana dia yang tahu supaya dia tidak ada kekangan, you mesti ambil player ni, u mesti ambil pemain ini,” ujar Saifuddin.

Setakat ini, Malaysia telah memiliki tiga orang pemain yang berikan status kewarganegaraan. Tiga orang pemain naturalisasi itu ialah Sumareh (Gambia), De Paula (Brazil) dan juga Liridon Krasniqi (Yugoslavia).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram