FAM Terima Sumbangan RM10 Juta, Ibu Pejabat Baru Bakal Bawa Malaysia Ke Peringkat Dunia

fam logo FAM Terima Sumbangan RM10 Juta, Ibu Pejabat Baru Bakal Bawa Malaysia Ke Peringkat Dunia
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terima sumbangan RM10 juta daripada kerajaan Malaysia bagi memperkasa pembangunan bola sepak negara.

Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob turut percaya tanggungjawab pembangunan bola sepak Malaysia harus dipikul bersama dan tidak hanya diletakkan kepada bahu persatuan induk bola sepak negara tersebut.

Expand player

Ismail Sabri Yaakob turut menjelaskan pembinaan pejabat baru FAM kelak bakal meningkatkan lagi kekuatan operasi FAM sekaligus memperkasa bola sepak negara ke peringkat antarabangsa seperti yang diumumkan BERNAMA.

Sementara itu penyokong bola sepak Malaysia mempunyai pendapat berbeza terhadap bantuan yang diberikan ini namun penyokong berharap dana sumbangan ini dapat digunakan dengan baik agar bola sepak Malaysia kembali disegani di rantau Asia.