Ads
Fandi Ahmad Jelaskan Punca Situasi Penalti Sri Pahang Kelam-Kabut
Piala FA
Sri Pahang FC

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad menjelaskan tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang situasi penalti membabitkan pasukan itu dalam saingan Piala FA 2024 baru-baru ini.

Advertisements

Sebelum ini, ramai penyokong skuad Tok Gajah merasa bimbang apabila melihat video beberapa pemain bertelagah sebelum penentuan sepakan penalti menentang Penang FC.

Advertisements

Pada akhirnya, kecekapan penjaga gol Harimau Kumbang, Sikh Izhan Nazrel memastikan Sri Pahang tersingkir dengan keputusan 4-3.

Advertisements
Advertisements

Apabila hal itu ditanya kepada Fandi dalam sidang media pasca-perlawanan pada Jumaat lalu, Fandi menyatakan tiada sebarang isu dalam kalangan pemain.

Malah, mereka hanya berbincang tentang siapa yang sepatutnya mengambil sepakan penalti sebelum penentuan penalti bermula.

Advertisements

“Kita sudah berlatih semalam, siapa yang patut ambil tapi tak boleh ambil sebab tiada keyakinan. Itu yang kecoh sedikit. Sebab itu kita tak boleh paksa siapa patut ambil.

“Kita boleh cakap, ‘Awak kena ambil.’ Tapi kalau pemain kata, ‘Saya tak yakin, jurulatih. Saya takut.’ Itu yang jadi sedikit hal tadi,” katanya.

Advertisements

Sri Pahang kini fokus membuat persiapan untuk aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram