Fauzi Saari Kembali Sertai Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Lagenda bola sepak negeri Kedah, Ahmad Fauzi Saari kembali menyertai Sang Kenari selepas dilantik menjadi Penyelaras Pasukan untuk saingan liga musim 2024/2025.

Berita kembalinya Fauzi Saari atau lebih mesra disapa Paklong itu telah dikongsikan oleh laman sosial rasmi Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

“Bagai sirih pulang ke gagang, legenda bola sepak Kedah di era Double Treble, cukup mengujakan semua pihak terutamanya pihak pengurusan dan penyokong bagi mengembalikan aura kegemilangan dahulu. Dalam suasana ketika ini yang memerlukan suntikan motivasi dari pemain berpengalaman, kehadiran dan kesudian untuk menggalas tugas sebagai pengurus pasukan adalah tepat pada masanya.

Advertisements

“Bertindak sebagai ketua pengurusan pasukan Liga Super Kedah, pengalaman beliau sebagai pemain dan ahli perniagaan sebelum ini dapat menyumbang kepada kebangkitan pasukan Sang Kenari dalam dan luar padang,” umum KDA FC di laman Instagram.

Pelantikan Fauzi sebagai Penyelaras Pasukan itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zul Fadli Rozi atau Joe Rozi yang mana difahamkan akan kembali ke Terengganu untuk musim baharu.

Advertisements

Ini bermakna gandingan bekas-bekas pemain Kedah seperti Fauzi Saari, Nafuzi Zain, Hadi Hamid dan Victor Andrag bakal menjadi taruhan terbaru Sang Kenari menghadapi saingan getir musim baharu nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram