Advertisements
Fazrul Amir Pasang Impian Sarung Jersi Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Pemain sayap Kelantan Darul Naim, Fazrul Amir telah menetapkan sasaran peribadi beliau bersama kelab baharunya itu dan salah satu impiannya adalah mengimpikan panggilan ke skuad Harimau Malaya.

Fazrul yang berusia 24 tahun pada tahun ini dalam masa yang sama mahu mencetak seberapa banyak gol bersama Kelantan musim ini.

Perkara tersebut disuarakan Fazrul dalam satu temubual bersama Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhami selepas aksi sulung Kelantan menentang Sri Pahang FC tempoh hari.

“Target saya pada tahun ini, banyak menjaringkan gol dan dapat panggilan ke skuad kebangsaan,” jelas Fazrul dalam satu hantaran di laman X, Fadhirul Shuhaimi.

Fazrul menyertai Kelantan Darul Naim selepas meninggalkan Kelantan FC pada musim lalu yang mana menyaksikan Kelantan FC tersungkur ke Liga M3 musim ini.

Selain Fazrul, beberapa pemain Kelantan FC juga telah menyertai Kelantan Darul Naim musim ini seperti Ghaffar Rahman, Afzal Akbar dan Syed Sobri.

Pada aksi sulung Kelantan Darul Naim menentang Sri Pahang tempoh hari, jaringan tunggal Manuel Hidalgo sudah cukup buat Sri Pahang untuk mengutip tiga mata penuh di Temerloh.

Untuk aksi seterusnya, Kelantan Darul Naim bakal bertemu Sabah FC pada 17 Mei yang mana bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.