FC Jerantut Terima Tajaan Pemaju Hartanah, Jaya Depan Group
Komuniti
MakanBola
FC Jerantut
Advertisements

Kelab bola sepak yang berpangkalan di Pahang, FC Jerantut telah menerima tajaah daripada pemaju hartanah Jaya Depan Group.

Penajaan selama semusim untuk musim 2023 sudah dimeterai secara lisan antara pengurusan FC Jerantut dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jaya Depan Group, Jason Tee pada minggu lepas.

Advertisements

Ia bakal disusuli dengan satu majlis pemeteraian perjanjian yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

View this post on Instagram

A post shared by FC Jerantut (@fcjerantut)

Advertisements

Selain perbincangan berkenaan soal penajaan, FC Jerantut dan Jaya Depan Group turut membincangkan bagaimana syarikat pemaju itu mampu menyumbang kepada pembangunan sosial sekitar Jerantut.

Ini sebagai tanda komitmen syarikat pemaju itu dalam memberi impak positif dari segi aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di daerah berkenaan.

Advertisements

Ia dilihat satu berita baik buat FC Jerantut selepas menjulang Piala Liga dan Piala FA Genting baru-baru ini.

News Comments Account