Advertising
Ferdy Druijf Kembali, Petanda ‘Tidak Lama Lagi’ Jadi Bualan
MakanBola
Pec Zwolle
Sponsors

Penyerang berbisa kelahiran Belanda, Ferdy Druijf memberi petanda penantiannya bakal berakhir tidak lama lagi.

Tonggak berusia 27 tahun itu beraksi buat kelab Austria, Rapid Vienna sejak tahun 2022 sungguhpun dipinjamkan beberapa kali.

Ad

Beliau bagaimanapun terlepas sebahagian besar aksi musim lalu apabila mengalami kecederaan teruk dan perlu menjalani proses pemulihan yang panjang.

Ad

Ferdy yang juga bekas penyerang utama Belanda B-20 memberi bayangan awal akan kembali beraksi secara kompetitif.

Bekas pemain PEC Zwolle di Belanda itu meninggalkan satu hantaran di laman sosialnya yang menjadikan peminat tertanya-tanya tentang status masa depannya.

Ad

“Tidak lama lagi,” ujar Ferdy pada satu hantaran di laman Instagram.

Ad
IMG 8675 Ferdy Druijf Kembali, Petanda 'Tidak Lama Lagi' Jadi Bualan

Kontraknya bersama Rapid Vienna dilaporkan bakal berakhir menjelang Jun 2025 ini sekaligus merancakkan jendela perpindahan di Eropah.

Ad

Beliau memiliki reputasi hebat di Eropah selepas pernah berkelana bersama beberapa kelab terkemuka seperti AZ Alkmaar (Belanda), KV Machelen (Belgium) dan juga PEC Zwolle (Belanda).

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa terdapat usaha untuk menghubungi Ferdy Druijf namun keluarga pemain itu tidak memberi maklum balas kepada wakil FAM.

“Sama juga macam pemain terbaru itu (Ferdy Druijf). Exco FAM, Christopher Raj cuba menghubungi beliau tetapi tiada sebarang jawapan,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Pemain ini didakwa memiliki susur galur keturunan Malaysia namun masih tiada pengesahan rasmi sehingga kini.