Ferdy Druijf Tinggalkan PEC Zwolle
MakanBola
Pec Zwolle
Sponsors

Pemain warisan Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf telah meninggalkan kelab Belanda, PEC Zwolle.

Peledak berusia 26 tahun itu mencipta sensasi apabila beraksi buat kelab tersebut sungguhpun hanya secara pinjaman.

Ad
Sponsors

Beliau hadir selaku pemain pinjaman daripada kelab Austria, Rapid Vienna pada pertengahan tahun lalu dan berjaya memberikan impak segera.

Ad

Ferdy telah beraksi sebanyak 15 perlawanan Eridivisie dan berjaya menyumbat 5 gol dan dua bantuan gol.

Perjalanan beliau bersama PEC Zwolle bagaimanapun sedikit terjejas selepas mengalami kecederaan yang menyaksikan beliau terpaksa diketepikan selama beberapa minggu.

Ad

Menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau, bekas penyerang B-20 Belanda itu mengucapkan terima kasih kepada kelab dan juga penyokong yang sentiasa berada di belakangnya selama ini.

Ad

“Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih, dengan senyuman dan air mata musim ini berakhir.
Detik-detik indah pada separuh pertama tahun ini, saya berterima kasih kepada anda untuk itu dan saya berasa selesa bersama anda sejak hari pertama.

Ad

“Selepas itu saya mengalami kecederaan dan malangnya kerana musim saya cepat berakhir. Menjadi penonton sahaja setiap perlawanan sangat menyakitkan saya kerana tidak dapat membantu kelab dan menjadi nilai kepada kumpulan ini.

Ferdy juga berazam untuk memberikan sumbangan yang lebih banyak bersama pasukannya namun terhalang susulan kecederaan yang melanda.

“Saya ingin menunjukkan lebih banyak kepada anda tetapi malangnya ia telah berakhir. Ia kekal sebagai kelab istimewa walaupun dalam masa yang singkat
Saya berharap untuk berjumpa anda lagi, semoga beejaya,” ujar beliau di laman Instagram.

PEC Zwolle mengakhiri saingan musim ini di tangga ke-12 Liga Belanda dengan 36 mata daripada 34 perlawanan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa ada cubaan oleh Exco FAM berhubung dengan pemain ini namun masih tidak mendapat sebarang respon.