Ads
Ferdy Druijf Tunggu Masa Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
PEC Zwolle

Penyerang berdarah Malaysia-Belanda, Ferdy Druijf kini menunggu masa untuk memperkuat Harimau Malaya.

Advertisements

Ini selepas Future Talents melaporkan penyerang berusia 26 tahun itu telah menghantar dokumen yang mengesahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya.

Advertisements

Menariknya, Druijf kini melalui proses sama yang diharungi bek kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl sebelum berpeluang mewakili skuad negara.

Advertisements
Advertisements

“Ferdy Druijf sudah menghantar dokumen mengesahkan beliau memiliki warisan Malaysia menerusi neneknya dan prosesnya sedang berjalan seperti Mats Deijl!” kata Future Talents dalam satu hantaran di Instagram.

Penyerang Rapid Vienna itu turut memberi komen ringkas apabila ditanya tentang proses berkenaan. “Proses sedang berjalan,” katanya.

Advertisements

Druijf kembali menyertai Rapidier untuk musim 2024/25 selepas beraksi bersama kelab Eredivisie, PEC Zwolle secara pinjaman selama semusim.

Advertisements

Penyerang itu merekodkan 15 penampilan, lima gol dan dua bantuan gol bersama kelab Belanda itu mengikut data terkini Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram