Fergus Tierney & Mukhairi Ajmal Ketuai Senarai Akhir Ke Sukan SEA
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Akhirnya, senarai skuad B-22 negara yang bertanding dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 didedahkan. Mukhairi Ajmal dan Fergus Tierney mengetuai 20 pemain yang dipilih E. Elavarasan bagi mendepani saingan Kumpulan B acara berkenaan.

Di bahagian penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan) dan Azim Al Amin Kamaruddin (KL City) dipilih sebagai duo penjaga gol pilihan. Sementara Rahadiazli Rahalim (Terengganu) pula digugurkan susulan masalah kecederaan.

Advertisements

Di bahagian pertahanan, Elavarasan terus mengekalkan kapten dan bek kanan Terengganu, Azam Azmi Murad. Selain Azam, dua lagi rakan sepasukannya iaitu Ubaidullah Shamsul dan Safwan Mazlan, trio Selangor iaitu V. Ruventhiran, Harith Haiqal dan Zikri Khalili serta Azrin Afiq (Kedah) melengkapkan senarai pertahanan.

Sementara di bahagian tengah, Mukhairi disertai trio Johor Darul Ta’zim II iaitu Najmudin Akmal, Daryl Sham dan Adam Farhan Mohd Faizal menjadi pilihan. Selain mereka, Syahir Bashah (Selangor), Muslihuddin Atiq (Terengganu) dan T. Saravanan (KL City) melengkapkan senarai.

Advertisements

Elavarasan terus memberi kepercayaan kepada Haqimi Azim (KL City) mengepalai bahagian serangan. Selain Haqimi dan Fergus, bekas jurulatih PDRM itu turut memilih Aliff Izwan (Selangor) bagi menambah sengat bahagian berkenaan.

Skuad B-22 negara akan bertolak ke Kemboja hari ini sebelum turun menentang Laos B-22 esok. Ini disusuli perlawanan menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023.

Advertisements

News Comments Account