Fernando Forestieri Dan Bergson Bakal Jadi Igauan KL City Sekali Lagi?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gandingan duo import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan juga Bergson Da Silva dijangka bakal menjadi duri dalam daging sekali lagi buat pasukan KL City FC.

Kedua-dua pasukan dijangka bertemu bagi saingan ketiga Liga Super yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur ini dalam usaha pasukan kendalian Bojan Hodak menebus kekecewaan lalu.

Pasukan The City Boys tewas pada perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini dengan keputusan 3-0 yang menyaksikan gandingan ini membuatkan barisan pertahanan mereka porak-peranda.

Advertisements

Malah, prestasi terbaik yang dimiliki oleh pemain kelahiran Argentina itu ketika ini sudah pasti ditagih oleh Benjamin Mora bagi membawa pulang 3 mata.

Beliau ketika ini sudah pun menjaringkan 6 gol dan juga mencatat 3 bantuan gol sambil Bergson telah meledak 3 gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Persembahan meyakinkan kedua-dua pemain ini sudah pasti merisaukan Hodak apabila kehilangan Daniel Ting di posisi pertahanan kiri pasukan yang menyaksikan mereka telah pun dibolosi 9 gol setakat ini.

Advertisements

JDT kini mencatat rekod sempurna apabila mencatatkan dua kemenangan dalam saingan liga menentang Sarawak United dan juga Penang FC sementara KL City seri menentang Selangor dan tewas kepada Kedah Darul Aman FC.

KL City juga sudah pasti mahu untuk memperbaiki kedudukan mereka sambil JDT juga ingin mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim ini.

Pertemuan ini dijangka berlangsung pada jam 10 malam Rabu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram