Fernando Forestieri Kembali?
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Disebalik gelaran juara Piala FA 2023 yang diraih Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan sementara khidmat penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri.

Forestieri telah mengalami kecederaan selepas diterjah pemain lawan pada babak akhir Final Piala FA tempoh hari. Beliau berehat panjang sejak bulan Julai lalu dan tidak lagi diturunkan dalam mana-mana aksi Liga Super mahukan Piala Malaysia.

Perkembangan terkini, import prolofik berusia 33 tahun itu dikesan kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Advertisements

Satu perkembangan positif buat skuad kendalian Esteban Solari menjelang aksi pertama mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) untuk musim ini.

Kelibat Fernando Forestieri semestinya menceriakan penyokong-penyokong Harimau Selatan. Menerusi satu klip yang dimuat naik Johor Southern Tigers, Forestieri dilihat begitu gembira dan bersemangat menjalani latihan di Padang Seri Gelam.

Kudrat serta pengalaman yang dimiliki Fernando Forestieri sudah pasti terus ditagih pendahulu Liga Super ini tatkala mereka bakal beraksi di pentas tertinggi Asia minggu hadapan.

Advertisements

JDT telah dijadualkan bertemu wakil dari Jepun, Kawasaki Frontale pada Selasa, 19 September 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram