Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri masih segar dengan kejayaan JDT petang semalam selepas mengesahkan slot ke pusingan 16 terakhir.

Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan bersama penyerang berbisa, Bergson Da Silva untuk memburu gol buat JDT.

Beliau menampilkan aksi yang sangat bertenaga dengan kelibatnya sering menyukarkan pihak lawan untuk mengekang asakannya.

Advertisements

Malah, pemain kelahiran Argentina ini yang baru sahaja menyertai Harimau Selatan pada musim ini jelas menjadi kunci kepada kemenjadian pasukan.

Forestieri tidak bernasib baik apabila jaringannya dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid sungguhpun ia menjadi peluang terbaik buat pasukan.

Penyerang berusia 32 tahun itu bagaimanapun meluahkan rasa teruja selepas melihat ramai yang tidak mempercayai kemampuan pasukan dalam saingan kali ini.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagramnya, beliau menyatakan bahawa ini menjadi pemangkin semangat buatnya dan pasukan untuk terus berusaha dengan lebih gigih.

Tambahnya lagi, beliau amatkan sukakan statsitik sungguhpun maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh bekas bintang Udinese ini tidak ketahui.

Walau bagaimanapun, ia boleh dirujuk kepada penguasaan dan dominasi JDT sepanjang 90 minit permainan semalam.

Advertisements

‘Ini untuk mereka yang tidak mempercayai kami.’

JDT mengakhiri saingan peringkat Kumpulan I dengan 13 mata selepas 6 perlawanan sekaligus menjadi pasukan tunggal yang layak ke peringkat seterusnya.

JDT Story Fernando Forestieri Mahu Kejayaan Jadi Ukuran Bila Kemampuan JDT Dipersoal
Fernando Forestieri
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram