Fernando Forestieri Masih Kekal Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri bakal kekal bersama pasukan menjelang saingan musim baharu.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat keputusan sebelum ini apabila tidak lagi kekal bersama skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25.

Keadaan ini bagaimanapun bertukar selepas pengumuman daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), JDT, Alistair Edwards yang mengesahkan perkhabaran tersebut.

Advertisements

Forestieri yang menyertai JDT pada saingan musim 2022 telah diputuskan untuk kekal bersama juara bertahan itu sekali lagi.

“Berikutan perbincangan bersama pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni SultanIbrahim, Tunku Mahkota Johor, Fernando Forestieri dan saya sendiri, penyerang tersebut akan kekal dalam skuad Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, serta tiga pemain antarabangsa baharu akan mengukuhkan pasukan secara strategik di beberapa posisi untuk musim 2024/25.”

Beliau sudah pun meledak 19 jaringan di Liga Super 2023 dan membantu skuad kendalian Tano Solari untuk kekal sebagai juara bagi sedekad berturut-turut.

Advertisements

JDT mengambil langkah penjimatan sebanyak 30-40% disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab bagi tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram