Feyenoord Dan Lion City Sailors Jalin Kerjasama
Dunia
Feyernoord-Lions City Sailors/Lions City Sailors
Advertisements

Keinginan Lion City Sailors untuk muncul sebagai kuasa baru bola sepak ASEAN selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin meluap-luap. Selepas berbelanja besar mendapatkan pemain baru, kini Sailors menjalin kerjasama selama tiga tahun dengan gergasi bola sepak Belanda Feyenoord.

Kerjasama Sailors-Feyenoord bakal memberi fokus kepada pembangunan dan pendidikan akar umbi serta pertukaran kepakaran termasuk kejurulatihan antara kedua-dua kelab. Melalui perjanjian sama, kelab itu akan menyokong usaha meningkatkan kesedaran penyokong tentang jenama De Stadionclub di Singapura.

Feyenoord pernah menjulang Eredivisie sebanyak 15 kali. Sementara akademi mereka yang melahirkan ramai legenda dan pemain berbakat seperti Robin van Persie, Giovanni van Bronckhorst dan Giorginio Wijnaldum pernah memenangi anugerah Rinus Michel sebanyak lima kali sejak 2009.

Advertisements

Pengurus hubungan antarabangsa Feyenoord, Gido Valder berharap perjanjian ini dapat memberi sumbangan besar kepada pembangunan bola sepak Singapura dan rantau Asia Tenggara. Selain peluang mengakses pasaran komersial di rantau ini, De Stadionclub juga mahu memantau bakat-bakat baru yang muncul di Asia Tenggara.

CEO Sailors Chew Chun-Liang melihat kerjasama ini sebagai satu langkah tepat untuk menjadikan kelab sebagai kelab utama di Asia. Sebelum ini, Sailors turut mengumumkan kerjasama dengan bekas pemenang Bundesliga musim 2011-2012, Borussia Dortmund.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram