Maxime Lestienne Import Baru Lion City Sailors
Dunia
Maxime Lestienne/Standard Liege
Advertisements

Walaupun sudah bergelar juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim lepas, Lion City Sailors tidak mahu berhenti di situ saja. Dengan mereka bakal membuat kemunculan sulung dalam Liga Juara-Juara AFC, Sailors pasti mahu membuktikan kehadiran mereka bukan sebagai pengisi tempat.

Ini dibuktikan menerusi perbelanjaan besar untuk pra-musim 2022. Pada Januari, Sailors membawa masuk Pedro Henrique dari Vitoria Guimaraes dengan yuran perpindahan 1.3 juta euro (RM6.21 juta). Sebelum itu, mereka turut membawa masuk Kim Shin-wook dari Shanghai Shenhua pada November tahun lepas.

Terkini, Maxime Lestienee dibawa masuk secara percuma dari Standard Liege. Walaupun Sailors enggan mendedahkan gaji yang diterima pemain Belgium itu, difahamkan gaji tahunannya melebihi 900,000 euro (RM4.3 juta) yang diterimanya di Liege.

Advertisements

Lestienne menyertai kelab dengan pengalaman luas beraksi di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa. Beliau merupakan arkitek gol kemenangan PSV Eindhoven ke atas Manchester United pada perlawanan kumpulan UCL musim 2015/2016. Lestienne pernah dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Belgium tetapi tidak pernah membarisi kesebelasan utama.

Dengan kemunculannya di bahagian sayap, ia bakal memberi pilihan tambahan kepada jurulatih Sailors Kim Do-hoon. Lestienne bakal bersaing dengan Faris Ramli dan Gabriel Quak, kedua-duanya merupakan bekas pemenang Pemain Terbaik Tahunan SPL 2020 dan 2021 untuk slot kesebelasan utama.

Sailors turut membawa masuk penjaga gol utama Singapura, Izwan Mahbud dan penguasa bahagian tengah M. Anumathan untuk memperkukuh saingan pasukan musim ini. Lestienne dijangka tiba di Singapura sebelum perlawanan pembukaan SPL pada 19 Februari. Pada hari tersebut, Sailors berdepan naib juara liga Albirex Niigata untuk perlawanan Perisai Komuniti AIA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram