FIFA Dapati Pemain Bola Sepak Malaysia Kurang Perlawanan Kompetitif
Dunia
Advertisements

Menurut satu kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau menyatakan bahawa hasil pantauan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) didapati pemain bola sepak dalam saingan liga Malaysia kurang perlawanan kompetitif.

Tambah Saifuddin, pihak FIFA memberi cadangan bagi format perlawanan buat saingan Liga Super dan Premier dijalankan sebanyak tiga pusingan. Ini bermakna setiap pasukan akan bertemu sebanyak 3 kali berbanding sebelum ini hanya dua kali.

“Format sedia ada dikekalkan cuma pasukan akan main sekali lagi satu pusingan, sebagai contoh Kelantan dah bermain dua perlawanan dengan Selangor, akhir sekali mereka akan bertemu semula dan kita akan tentukan siapa menjadi tuan rumah perlawanan itu.

Advertisements

Mengulas lanjut, Saifuddin berpendapat perlu ada semakan semula mengenai cadangan ini dalam kalendar bola sepak negara untuk mengelakkan tiada ruang persiapan buat pasukan kebangsaan bagi perlawanan antarabangsa.

“Tetapi kita perlu tengok juga sama ada cadangan itu boleh dibuat dalam kita punya kalendar (kalendar bola sepak) sebab kalendar kita ini lain sikit dari negara lain. Kita juga kena beri ruang kepada pasukan negara untuk buat persiapan,” kata Saifuddin kepada Bernama.

Saifuddin dalam pada itu menyatakan bahawa FIFA telah membuat kajian mengenai ekosistem bola sepak Malaysia dan hasilnya telah dilaporkan kepada FAM pada dua minggu lepas.

Advertisements

Tegas Saifuddin, seluruh cadangan yang diterima akan diperhalusi semula untuk dilihat sama ada sesuai dengan keadaan semasa sebelum pelaksanaan dibuat.

“Jadi mereka akan buat analisis dan akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM. Semua cadangan yang diterima kita akan tengok sama ada ia boleh dilaksanakan. Tidak semestinya semua itu kita perlu laksanakan, kita kena tengok juga situasi kita,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram