FIFA Puji Pengurusan Cekap FAM
FAM
90 Min
Advertisements

Sejak beberapa tahun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenal pelbagai inisiatif untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia. Inisiatif-inisiatif ini mendapat pujian Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Ini kerana menurut Infantino, FAM banyak terlibat dengan program ‘Forward FIFA’ iaitu program pembangunan sukan bola sepak dengan peruntukan dana daripada badan induk bola sepak antarabangsa itu.

Dan FIFA memberi jaminan kerjasama berterusan akan diberi bagi memastikan program pembangunan bola sepak di Malaysia dapat diteruskan dengan jayanya.

Advertisements

“Sentiasa suatu yang baik untuk meluangkan masa bersama rakan dari FAM yang menjadi contoh baik secara berterusan bersama-sama dalam program Foward FIFA, yang mampu memberikan impak mendalam dalam pembangunan bola sepak.

“Pertemuan hari ini memberi peluang baik untuk melihat kembali banyak perkara yang kami capai bersama dan melihat ke hadapan untuk apa lagi yang boleh kami lakukan pada masa akan datang,” katanya.

Antara program pembangunan yang digerakkan FAM ialah sokongan berterusan kepada acara futsal dan bola sepak wanita serta penambahbaikan kemudahan ahli-ahli gabungan termasuk padang rumput dengan lampu limpah dan naik taraf gelanggang futsal.

Advertisements

Bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pujian tersebut amat bermakna semasa mengadakan pertemuan dengan Infantino baru-baru ini. Dan beliau juga berterima kasih kepada bekas setiausaha Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) itu kerana terus memberi sokongan terhadap program bola sepak FAM.

“Ia satu pertemuan amat bermakna. Pertamanya Infantino sebagai Presiden Fifa sentiasa menerima dan mengalu-alukan kesemua presiden persatuan, jika ada yang diperlukan untuk bertemu dan perbincangan penting hari ini ialah mengenai program ‘Foward Fifa 3.0’,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram